S
|
etelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi
Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula
membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus
dibina Baitullah itu. Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T
meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak
Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda. Satu
riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan
besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa
taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan
pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya. Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara
Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah
S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama
anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil
keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal
kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah
al-Baqarah ayat 127). Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan
batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina
Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T
sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka
terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga
hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan
untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang
bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat
sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125). Yang dikatakan maqam Nabi
Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi
Ibrahim. Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan
Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di
Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia
untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu
dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang
datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj
ayat 27).
Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi
Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau
memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan
kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua
tunaikan haji di sana." Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri
seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W>T menyampaika seruan Nabi
Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah
pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan
sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara lainnya,
"Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan
panggilan-Mu ya Allah. Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu
hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak
orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat
menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari
masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan
sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji. Kalau kita menunaikan
haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita
lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah
satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam
maksiat. Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani
melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan
berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka
semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya
itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar