D
|
alam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan
bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah)
pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah
al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala
dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T
telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah
Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.
Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku
membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh
keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud
dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka
mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para
malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh
dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang
bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal
atas keengganannya.Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang
sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti
wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang
hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir
lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak
tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga,
bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke
bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari
kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat
indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah
serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama
sekali baginya.Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah
Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah
yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami
tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku.
Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."Setelah diusir, maka
iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga
disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau
dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah
maksum."Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah
berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya
kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi
untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka
adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran
darah."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka
Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong
menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang
berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.""Dan pada
anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat
anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid,
berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama
mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang
batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan
berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64
yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka
dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda
dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka
melainkan (semata-mata) tipuan."
Sippp...
BalasHapusMantappp broooo
Like This...
ijin menyimak yaa gan...^^