alam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan
bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah)
pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah
al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala
dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T
telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah
Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.
Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku
membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh
keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.